lelaki budiman sekarang makin pupus. kalau anda lihat sekeliling anda akan nampak remaja-remaja swag yang memakai topi senget. lelaki budiman bukanlah pada pemakaian tetapi pada attitude. kadang-kadang lelaki yang pakai kaca mata hitam, dalam mall, diwaktu malam juga adalah lelaki budiman. atau buta.
1. tidak memukul perempuan
ya walaupun zaman skrg adalah zaman yg penuh feminist dan equalist, lelaki perlu cool dan tidak memukul mereka seperti memukul lelaki walaupun mereka mahukan kesama rataan antara lelaki dan perempuan.
2. open up, berikan segala bantuan yang mampu
perempuan mahu dilayan sama rata seperti lelaki. layankan saja. contoh apabila mereka mengangkat barang yang barang yang berat, hulurlah bantuan. jika mereka marah dan menuntut dilayan sama rata, hirau kan. biarkan mereka membebel. yang penting jangan biarkan mereka tak dibantu jika dalam kesusahan
3. mengalah bukan bererti kalah
jika mereka membebel tanpa henti, marah tanpa sebab dan menengking tanpa usul periksa, biarkan. jangan naik tangan seperti lelaki yang acah-acah bergaya yang mahukan follower diinstagram mereka melebihi 1000 untuk menjadi aset popular
4. cool up
jika anda tiba-tiba berebut seorang gadis bersama dengan jejaka bertopi senget, memakai rayban local hijau, bersubang ditelinga, berantai salib dan berjam emas, biarkan. jangan bergaduh dengan orang sebegitu. cool up. mengalah bukan bererti kalah.
lelaki gentleman dan bergaya berjalan dari masalah dan tidak menoleh kebelakang semasa letupan. zaman skrg gadis memang ramai sukakan jejaka swag. tapi yang sukakan gentleman adalah yang paling rare dan berharga. biarkan si dia yang membuat pilihan. jika dia tidak memilih anda, itsokay. cool up.
5. aku tak suka cakap ni, tapi ia memang aspek iaitu kekemasan diri.
itsokay anda berambut panjang, berjanggut a. samad said, berbulu ketiak gorila. yang penting kemas. pakai pakaian yang sesuai. tidak mengapa jika anda tidak ada sut. yang penting jgn pakai seluar ketat.
6. keluar makan? belanjalah dia
kalau anda keluar makan tapi dia yang belanja dan anda langsung tiada rasa bersalah, baliklah rumah. ini bukan mahu menunjukkan sikap murah hati untuk memikat. tapi protokol lelaki budiman. lakukan sebab anda cool dan gentleman. bukan sebab nak memikat.
7. gentle up
lakukan semua perbuatan dan aksi sebagai seorang budiman sebab anda mahu menjadi lelaki budiman. bukan sebab show off. lelaki budiman tidak show off.
No comments:
Post a Comment