facebook sekarang ni tak macam 4-5 tahun dahulu. banyak perubahan telah dilakukan sehingga menyebabkan byk user deactive account dan berpindah ke twitter. kebanyakkan yg berpindah adalah dalam kalangan remaja. sepeninggalan mereka, facebook kini menjadi lubang puaka yg dipenuhi kekesalan jika kita log in akibat beberapa jenis golongan ini
1. Golongan wEmPiTZZ
Golongan ini masih ada. Markas utama mereka ialah wechat tapi mereka tetap ada di facebook. kebiasaanya mereka terdiri dari kalangan budak sekolah menengah yang terlalu banyak membaca syair tradisional dan kesusasteraan melayu klasik. ayat yg jarang didengar dalam subjek itu membuatkan otak mereka kaget dan mula menafsir bahasa rempit.
2. Golongan MLM
Majoriti user facebook ialah peniaga yang mahu berjaya. mereka memerlukan papan iklan yang besar utk menjayakan program mereka iaitu MLM. dengan menggunakan ayat putar belit yg mengatakan sistem mereka bukan sistem multilevel, mereka menyusun ayat manis ditambah dgn gambar jejaka kacak dan anak dara manis memegang duit berkepuk-kepuk ditangan mereka.
3.Golongan Kawan yg join MLM
Setiap dari user facebook pasti ada seorang rakan kita yg menyertai MLM. mesti ada punya. sebolahnya anda mahu sahaja meng-unfriend mereka, tapi atas dasar persahabatan yg dibina sejak tadika, anda mengambil keputusan utk membutakan sahaja mata dan hati tentang post-post mereka yg mengajak anda menyertai MLM mereka
4. Golongan Politik
Politik memang perkara yg panjang, rumit dan sukar utk di handle. Golongan ini biasanya muncul bila Najib, Rosmah, Anwar, liwat, Saipul, C4, Altantuya, Bom, Umno, PKR, BN, PR dan perkataan-perkataan keramat politik yg lain disebut. hidup mereka umpama celik je mata bangun tido terus mencari post Anwar, Saiful, Liwat, Najib, Rosmah, bom, membazir, enjin jet utk dikomen.
5. Golongan Tidak Hot di sekolah
golongan ini biasanya akan membuat satu fanpage yang mengutuk budak-budak sekolah yang hot kerana mereka tidak begitu. pada asasnya mereka akan menghina dan mengutuk dari hujung cagu kaki hingga hujung rambut bercabang budak-budak tersebut.
6. Golongan Pengkomen Golongan nombor 6
mereka ini bersetuju sahaja dengan page itu kerana takut gambar mereka dipaparkan di page tersebut. kebanyakkan mereka bersetuju dengan tindakan fanpage itu. tapi sebahagian juga memberontak memaklumkan bahawa tindakan mereka itu tidak salah.
7. Detektif Facebook
Golongan ini akan membuat satu fanpage utk membongkar kehidupan facebook user yg lain. mereka akan mengorek gambar dalam facebook orang seperti gambar budak pavilion dan meletakkannya difanpage tersebut kononnya utk menyedarkan umat. kebiasaannya mereka yg tikam belakang akan menghantar gambar memalukan kawan mereka di page ini utk didedahkan.
bersambung..
No comments:
Post a Comment