diingatkan, sesiapa yang ada kencing manis, darah tinggi, dan wanita mengandung dinasihatkan jangan teruskan membaca. budak budak bawah umur, yg esok masih bersekolah pun dinasihatkan jangan baca. memang tak seram tapi korang kene siapkan homework. oh tentang gambar tu, saje nak timbulkan suasana ceria
Majid: wei Samad, jom kita intai anak dara mandi kat hulu sungai sana nak tak?"
Samad: Kau ni beragak la sikit. bawak bawak la bertaubat. taknak lah aku. dosa tau tak"
Ujar si Samad sambil tangannya mengocok kad poker. berlatih untuk tournament judi antara kampung tengah malam nanti.
Majid: kalau gitu kita pergi curi lebu Haji Talib lah. aku bosan la petang petang ni tak buat apa. balik rumah kan mesti mak aku suruh bersihkan reban"
Samad: ah Majid kau lupa ke. Haji Talib tu park lembu lembu dia belakang rumah arwah Cik Senah. taknak la aku. kang kene kacau ngan saka toyol polong dia kang"
Majid: penakut la kau ni. tu la motif dia taruk lembu situ. taknak kasi orang macam kita curi"
Samad; lagipun malam ni malam jumaat. malas la aku. orang kata malam jumaat banyak hantu"
Majid: mana. malam jumaat la setan banyak mati. orang kata malam jumaat la malam orang bunuh setan"
Samad;masalahnya kita ni pun orang kampung panggil setan"
Majid: ahh. takda. malam ni kau, aku, lembu, Haji Talib. kalau tak aku bagitau mak kau yg kau skodeng suami Kak Zainab mandi. apababi intai laki mandi. beragakla sikit. hish memang dunia ni nak kiamat"
Samad: aku tak sengaja la lembu. aku ingat tu Kak Zainab"
Malam tu Samad pergi jugak mengikut Majid yg perangainya macam anak kepada pasangan menteri yahudi dan setan betina. buat jahat memang kepakaran Samad. kalau ada pakar bom, ha Samad ni pakar dalam menyusahkan orang. memang layaklah dia apply jadi menteri
pertandingan judi tu dekat pukul 2.30 pagi baru start. Si Samad memang taknak duduk rumah sebab menyampah tengok adiknya studi. rajin sangat. maklum la Samad ni eja perkataan air pun salah. 3 huruf pun dia memang tak boleh eja. tadika, repeat 2 kali.
Majid? mangkuk tu pun lebih kurang aja.
malam tu Majid perutnya meragam. nampaknya makan durian dan petai dalam masa yang sama bukan idea yg bagus. jadi masa tengah cari lembu yg terbaik, dia minta si Samad tunggu kejap sebab nak buang air
"Kau nak balek buat apa? kau pakai je la jamban rumah Cik Senah ni. bukannya dia tau. dia dah mati" marah Samad. "taknak aku. kang ada tak pasal pasal kene sula ngan hantu hantu dia. dia memang dah mati. tapi hantu dia?" terang Majid
lepas puas diyakinkan, Majid pergi juga utk buang air. dengan syarat si Samad temankan sampai proses tabii tu selesai. Samad pun terpaksa la ikut. lama jugak la si Majid dalam bilik air tu. dekat setengah jam. setiap lima minit dia menyanyi lagu kumpulan sleeq. dia memang minat kumpulan tu. kalau pegi bilik dia, bersepah gambar poster kumpulan sleeq. lepas habis lagu sleeq feat ramlah ram, bilik air sunyi
Samad: wei Majid dah ke belum? apesal senyap je? sambung la lagu sesaat kau datang tu. kau nyanyi part sleeq aku nyanyi part ramlah ram"
jamban tetap sunyi
Samad:"woi Majid!!! jangan buat aku takut woi. aku ni nampak je berani. aku tiap malam tido lampu bukak tau"
tiba tiba keluar Majid dari semak belakang."kau ni pehal. bising sial. sabarlah aku dah siap ha" Samad terkejut. iyelah mana taknya. dia yakin member dia masuk jamban rumah Cik Senah tu tadi. bukannya semak belakang sana
Samad: kau bukan masuk jamban ke tadi?
Majid: mana ada. aku cakap buang apa tadi? air kecik kan. kat semak udah. jamban buat apa
Samad: mana la aku tau. kau cakap buang air. lain kali cakap la spesifik sikit natang
Majid: rilek la. gelabah la kau ni.
Samad: mana aku tak gelabah. aku nampak kau masuk jamban tadi. kau tau tak ada perkataan berak dan kencing. guna la tu kan senang. buang air buang air, aku jentik halkum kau kang
tiba tiba keluar suara dari dalam jamban
Suara Majid dlm jamban: wei Samad kau cakap ngan sapa tu?
muka Samad ngn Majid pucat.
Suara Majid dlm jamban: woi Samad jawab la! SAMADDDDD!!!!
KEBOMMMM!!!
seiring suara Majid dalam jamban tu menjerit guruh berdentum. mencicit si Samad lari. tengah dia lari kakinya macam ditangkap. berkelepuk jatuh. bila dia cuba bangun dia nampak batu nisan betul betul depan dia tertulis namanya dalam jawi. menjerit bukan main Samad. die menjerit bukan sebab nama dia kat batu nisan. Samad tak reti membaca, tadika repeat 2 kali.
dia menjerit sebab yelah tengah tengah takut nampak pulak benda laping cliche dalam sejarah drama hantu melayu iaitu batu nisan. menggelupur dia lari sambil baca doa makan sebab tu je doa yg dia tau. tak reti baca. tadika repeat dua kali. ring a bell?
esoknya Si Samad demam demam. kene sampuk. biasa lah. Si Majid lawat dia dirumah pastu tanya "weh pasaipa kau tinggalkan aku. barua betul kau ni"
Si Samad diam dan menangis sambil tangannya melambai lambaikan jari tengahnya ke arah Majid. Majid yg mana dia tinggalkan? yg di dalam jamban atau di luar jamban? yg buang air kecil atau buang air besar? yang kencing atau berak? banyak persoalan bermain di minda Samad dan Samad hanya mampu mengalirkan air mata ketakutan
Samad: Majid, lain kalau kau nak pegi mana mana, jgn la formal sgt ngan aku. tak payah la berbuang air. cakap je terus terang kencing ke berak
tamat
No comments:
Post a Comment