tutup tv, tutup surat kabar, tutup segala yang dibuka. semua orang nak super power. aku masa kecil-kecil dulu darjah berapa ntah pernah buat solat hajat nak dapat kan mata laser macam cyclop cerita x-men tu. sape ta suka dapat superpower kan? lagi-lagi budak kecil. hidup memang tak realistik.
tapi sebenarnya ada satu superpower yang manusia memang dilahirkan ada cuma zaman sekarang ni dah tak nampak yang dipanggil COMMON SENSE. Common sense ni kawan-kawan, boleh diringkas kepada kebolehan untuk berfikir secara logik berkenaan sesuatu perkara.
semua orang ada common sense, tapi tak semua orang boleh keluarkan common sense dalam kepala otak diorang. baru-baru ni kecoh kat fb pasal Che Ta dapat tajaan untuk menyelesaikan masalahnya iaitu nak beranak. tapi biasalah ramai yang kondem kononnya diluar sana lagi ramai yg memerlukan bantuan.
dan kawan-kawan, itu memang sangat benar. media mula menggunakan jari berhantunya untuk menaip berita can cerita untuk mendapatkan viewers dari masyarakat. diorang tahu kita melayu ni memang ramai yang malas membaca TETAPI sukakan gosip. jadi byk media-media membuat tajuk yang tak lengkap untuk menarik perhatian pembaca.
contoh:
"Nora Candu dilihat bersama rokok"
pastu bawahnya media akan letak description, bacalah untuk mendapatkan informasi dan cerita sebenar.
nampak tak? orang kita memang tak suka membaca artikel yang panjang tapi gemar bergosip. bila media guna teknik tajuk artikel macam ni, orang kita memang tertarik. tapi bukan pada artikel, tapi pada tajuknya. tak caya tengok la fesbuk kalian. sebab skrg ramai orang tinggalkan fesbuk dan pergi ke twitter.
orang-orang yang takda common sense biasanya boleh dijumpai difesbuk. OK kembali kepada Che Ta. dia kemudiannya dikatakan tak tahan dengan kondeman peminat dan haters lalu memberikan kata-kata kesat kat instagram. lepas tu lagi ramai la yang kondem konon-kononnya Che Ta angkuh dan berlagak.
kawan-kawan, perempuan memang terkenal dengan emosinya yang tidak stabil. lagi-lagi bilan mengandung. orang mengandung tu memang la sensitif dan super emosi, dia membawa satu nyawa dalam perutnya untuk 9 bulan.
dah kene kondem ditambahkan sarat, memang la cepat marah. tapi orang kita tak nampak semua ni. sebab orang kita memang terkenal dengan kehebatan nak menjatuhkan orang lain yg merupakan bangsa sendiri. menimbulkan kemarahan, bergaduh sesama negeri sebab bola sepak. orang kita la.
tolong, bina lah, bangkitkanlah common sense dalam diri anda. jangan dibutakan mata tu dengan rezeki dan kebencian terhadap orang lain. jangan bersifat terlalu menilai. sebab bila hilang common sense dalam kehiduan seharian, percayalah, anda dan lembu tiada bezanya.
sekian
kepada yagn tersinggung, banyak-banyakkan berfikir secara matang. buang kebencian dalam diri tu. tutup fesbuk, pegi library, baca buku. media memang sumber encetus kebencian.
No comments:
Post a Comment