Sunday, October 12, 2014

Dia Yang Tak Memandang Sixpack





Sixpack, sape tak suka. idaman setiap lelaki dan keperluan utk dimiliki oleh setiap wanita. takda sesiapa yg tak mahukan perut ber-enam-ketul seperti ahli ahli gim. lihat aja zaman sekarang, cyber cafe kosong hampir disemua daerah. dah tak nampak kelibat budak sekolah yg ponteng sebab mereka semua ponteng ke gim pula.


setiap remaja yg sudah mempunyai sixpack akan memuat naik gambar di instagram sambil menyodok muka berlagak dan menampal ayat ayat berbaur memberi semangat.

"tiada yang mustahil jika berusaha"

taip Yasmin Ronggolo dari Kampung Haji Mursyid sebelum memuat naik dan mengharapkan ribuan like dari gadis gadis dan mahu ditag oleh instagram malay6pack_pretty.


Tapi ni perkara yg bagus sebab akan lahirkan ramai generasi yg berbadan tegap dan cantik. cuma tang show off tu je la yang patut dikurangkan. ye kami faham anda ada sixpack dan pusat yg berdaki serta berbulu seperti bulu hidung gajah. kami tersangat faham.




tapi saya ingin menegaskan bahawa lelaki berperut buncit dan boroi lebih berhati mulia, baik hati, berintegrasi, menyayangi kaum perempuan dan lain lain. nak tahu kenapa?


1. lelaki boroi tak memilih.
berbanding lelaki boroi, lelaki sixpack terlalu memilih permakanan utk maintain perut beliau. balek gim penat penat bukak tudung saji tengok kari ayam dan kek coklat buatan khas oleh isteri akan menimbulkan rasa tak sefahaman. mereka akan tayang perut, menunjal sixpack sambil mencebik hidangan dimasak isteri. manakala lelaki boroi akan habiskan segala masakan isteri tercinta

2. lelaki boroi sgt prihatin.
bayangkan dirumah,bantal anda dikencing  oleh kucing, dimanakan sang isteri mahu meletakkan kepalanya? di atas blender? peti sejuk? jawapannya ada pada perut suami. suami akan pelawa isterinya utk berbaring diatas perutnya yg dicipta khas mempunyai lemak dan sangat lembut berbanding 6pack yg keras

3. lelaki berbadan tegap gemar curang.
tengok je la drama melayu. berapa byk gadis yg cuba memikat suami orang yg berbadan sempurrrrna. dalam drama semua lelaki acah acah menepis pikatan anak anak dara yg lain. tapi drama televisyen hanya drama televisyen.

4. lelaki boroi lebih berintegriti
aku taktahu integriti ni macam mana. aku cuma saje letak nak kasi warga perut kehadapan tampak bergaya

5. lebih fokus.
lelaki boroi akan lebih fokus terutama dalam mencari nafkah. dah tak pegi gim, buat apa mahu fokus pada perkara lain? jadi teruskan bekerja utk menari nafkah utk isteri dan keluarga tersayang.

6. lelaki boroi tak menunjuk.
bukak sahaja instagram, tak ada lelaki boroi yg memuat naik gambar perutnya yg lebih besar dari masa depan anda semua kahkahkahakhah


                                                                          yang benar:
                                                                       jejaka yg tiada sicpack


teehee




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...