jalan jem. ye. jalan jem ialah jalan jem yg mengakibatkan jalan jem. biasa jadi masa peak hour lah iaitu masa orang nak pegi keje atau balek keje. faktor lain macam jalan eksiden atau orang tengok eksiden. disini saya ingin kongsikan tips utk bertenang walaupun perut tengah menggelegak mahu ceereet.
1. jangan buka radio melayu
ohh tak. aku sokong radio bumiputera. tapi jangan sesekali bukak radio melayu masa jalan jem dan tengah stress. sebab setiap 1 lagu kat radio melayu akan diselangi 800 iklan yg sama, borak borak kedai kopi abang abang deejay yg syok sendiri macam konti tu warung Haji Talib dan lawak lawak yg saaaaaangat hambar. pasang cd atau usb drive atau dengar radio omputih.
2. jangan jawab telefon dari isteri/suami
bila tengah stress dan sakit hati sebab stres dan deejay radio buat lawak yg mana lawaknya audition rajalawak pun tak lepas, kalau isteri call, jangan angkat. sebab kita taktahu apa yg dia mahukan. kot kot dia bagitau senarai nak beli barang dapur ke, nak bebel pasal kesan gincu kat kolar ke, masalah sinetron TV3 ke, mesti akan menambah stress. bila stress akan marah, jadi mgkn akan timbulkan rasa nak mengamuk kat isteri yg tersayang. text aja tgh drive
3. hisap rokok
ye betul. agenda tak sihat ni patut dicuba lol. bukak tingkap, keluarkan tgn sambil memegang rokok. bukan saja anda nampak sangat bergaya, tapi anda juga mampu mengurangkan rasa stress dan menambah tenaga. melainkan ada pakai kancil modified, tak payah la. tutup je la tingkap dan dengar radio melayu.
4. jangan bagi orang potong jalan anda
halang setiap ruang yg ada utk orang yg nak potong dan potonglah kereta lain (ni tips selfish dan individiual). jangan sesekali melambai lambaikan jari tengah atau isyarat lucah yg lain sebab jarak kereta anda bukan jauh mana
5. sediakan duit syiling 10 sen.
bila dah sampai ditol, bayar gunakan 10 sen utk menimbulkan rasa stress pada orang yg terima duit tol. buat selambat mungkin supaya jalan masih jem dibelakang sebagai tanda anda gembira. lambaikan semua isyarat lucah yg anda anda pada orang tol dan kereta kereta dibelakang tanpa ragu ragu. yg pakai touch n go dan smart tag, patahkan kad tu dan ikut tips nombor 5 ini
teeeheeeeee
No comments:
Post a Comment