Wednesday, December 17, 2014

Disember Sudah



seperti yang anda tahu, sekarang ni dah masuk disember. dah ready ke nak masuk 2015? aku dah ada azam untuk 2015 dah. selama ini aku tak pernah terfikir nak ada azam. tapi kali ada. dan dengan izin dari-Nya, aku yakin aku akan dapat tunaikan azam aku ini.

azam aku ni memerlukan tanggungjawab yang cukup besar. melibatkan nyawa. aku akan cuba untuk mencapai azam aku ini walaupun banyak halangan, kata kata makin orang ramai, fitnah, hasad dengki dan lain-lain lagi.

azam aku tahun 2015 ialah nak bela seekor ikan akuarium kecil
  

Tuesday, December 9, 2014

Tak Cukup Lagi Ke




situasi 1

"Awak boleh kahwin dengan anak makcik, tapi hantaran RM50000 tau. Tu last offer"

"Amboi makcik, tak boleh murah sikit ke? saya ni pun gaji tak besar mana,"

"Kalau gaji kecik tak payah la susah-susah nak kahwin dengan anak aku!!"


dan akhirnya lelaki tu membujang sampai mampus sebab semua orang tua mahu hantaran yg mahal utk anak mereka sedangkan beliau hanya technician dekat sekolah rendah.


situasi 2

"kenapa awak taknak kahwin dgn saya?"

"hantaran yg keluarga awak tetapkan mahal sangat. saya tgh cuba kumpul duit ni. sabar la ye,"

"tu la awak. keje malas, gaji ciput kalau gini saya nak clash!!!"


dan akhirnya perempuan itu menjadi andartu dan kemudiannya berkahwin dan menjadi isteri nombor dua.


situasi 3

"hantaran yg ditetapkan keluarga awak mahal sgt lah. boleh tak awak pujuk mak ayah awak utk turunkan sedikit. RM50000 tu saya boleh bagi awak makan bertahun-tahun tau,"

"awak ingat saya ni apa? lepasan UPSR? saya lepasan ijazah tau."


dan akhirnya lelaki itu kahwin dgn orang lain. perempuan itu pula update twit berbunyi,
 "kenapa lelaki zaman sekarang suka curang??"


situasi 4

"hantaran saya RM50000 tau.takda kompromi"

"tapi awak..."

"saya ulang suara, tiada kompromi. kalau tak awak jadi gay aje lah. kawin ngn lelaki. senang"


dan akhirnya lelaki itu menjadi gay manakala perempuan itu pula update status di facebook berbunyi
"lelaki kalau kacak mesti dah berpunya. kalau tak mesti gay,"


situasi 5

"kenapa mahal sangat hantaran awak? turun sikit tak boleh ke?"

"awak, kalau awak betu-betul cintakan saya, awak patut berusaha tau. bukan bising macam ni. tunjukkan cinta awak kepada saya. saya ada harga diri tau,"


dan akhirnya lelaki itu beli perodua axia dan berkahwin dgn orang lain. 


para gadis sekalian, kami faham anda ada harga diri. kami faham anda tak ternilai dengan wang ringgit. tapi cinta tak dinilai kat duit hantaran tau. jangan la bengkek sangat menyusahkan lelaki. 
kami akan tanggung dosa-dosa anda selepas nikah dan kahwin. apa tak cukup lagi ke pengorbanan kami disitu? 

kepada para lelaki, bersabarlah. kumpul duit. itu la orang suruh belajar elok-elok engkorang ponteng sekolah. tapi  kalau bab main bola sepak petang-petang, demam kuning pun korang sanggup datang. tapi masa depan bukan pada pelajaran ye dok? cari kerja yg halal, bukak bisnes. baru la maju


teeheee




Wednesday, December 3, 2014

Perspektif

Image result for kwang soo


"wah kelakarnya kwang soo"
"comel la kwang soo"
"hensemnya kwang soo"


standard ayat-ayat gadis yg suka tengok television. cuba kalau kwang soo tu keje posmen aje. pastu dia buat lawak time korang makan kat Restoran Hakim seksyen 7. komfem dia kene curah dgn milo ais. ok la tu. dua hengget. dibuatnya kene curah air suam?


biasa la. orang hodoh macam mana sekalipun, kalau masuk tv komfem perspektif dia berubah. sebab kita kenal dia melalui tv tu. sama la ngn orang-orang hodoh lain yg korang taknak buat kawan tu. cuba korang kenal, komfem korang nak kawan ngn diorang



teeheeii


Sunday, November 23, 2014

Manja Cimpanzi






mak bapak kene tegas. anak anak camni jadi bila tak pernah kene rotan. tu sebab manja macam cimpanzi. tak caya bukaklah instagram. pastu taip la #sado. keluar la jimbleton-jimbleton macam ni. bukan yg badan tegap tu. tak. tapi yg budak sekolah bawak henset pegi sekolah tu


orang datang sekolah nak belajar bukan cinta bagai. mengarut aje cinta masa sekolah ni. engko nak bercinta sangat tunggu la masa kat IPT nanti. takpun dah keje. ni idak. menteri cam beruk, minyak naik, barang naik, gaji ciput, nak niaga banyak prosedur, nak meragut salah, ekonomi camtaik, pm kita botak tengah dan tak kacak, pondan berleluasa, apalagi bala yg nak turun kat mesia pasni?


kalau anak aku mintak henfon nak kasi makwe dia, aku hambat dengan batang mop. gantung dia terbalik kat pokok pelam Hajjah Kasnuri lepas tu letak sarang kerengga dalam seluar dia.








Tuesday, November 18, 2014

Kehebatan Nama Dan Kuasa

,



kadang-kadang kita ada member yg humble. buat semua, cakap, gaya hidup, trend pemakaian semua sederhana. tapi biasanya diorang ni boleh berubah bila nama dan pangkat naik, bila dapat satu kuasa yg boleh mengubah hidup diorang.


biasalah. tu la namanya culture shock. selama ni hidup sederhana. orang pun tak perasan. kiri dan kanan cuma ada kawan-kawan yg ada masa senang susah, kawan yg tolong bacakan yasin bila kita dah takda. kawan jenis tu la biasanya akan ada ngn kita sebelum lupa diri


bila dan dpt sesuatu yg membukak jurang antara sesama manusia, ha mula dia menjadi siamang berekor kepala beruk. bila manusia dapat pujian dari ramai orang, namanya semakin dikenali, dia akan lupa diri. dikeliling dia akan ada manusia jenis materialistik atau yg sebagaimana perempuan dan pondan sebut iaitu fake.


tu la hebatnya kuasa dan nama

Monday, November 10, 2014

Buli Buli Bulimon





buli ni dari zaman dulu dah popular dah. tak kira la sekolah asrama penuh ke, tak penuh ke, sekolah agama ke, sekolah shaolin ke, semua ada buli. cuma bezanya sekarang dah banyak didedahkan dengan bantuan telefon yg boleh merakam.


tiap sekolah memang ada buli dan biasanya pihak sekolah takkan buat dek aje. depa akan buat apa aje utk menjaga reputasi sekolah. sebab tu la sebelum ni tak banyak kes buli yang dihebohkan. sekarang bila dah banyak sangat anak manja, 


peraturan sekolah camharam, guru dah tak boleh mendenda murid, makin banyak lah budak budak jadi siamang manja. depan mak bapak kemain suci. kat sekolah perangai mcm buntut kerbau. mat-mat buli ni biasanya akan memukul dengan angkatan keranya sebab bila satu lawan satu takut mereka malu dikalahkan.


bila kantoi dengan guru, tak lain tak bukan kene buang sekolah. itu ajelah hukumannya. buang sekolah. bila buang dia akan masuk sekolah lain. nanti jadi kes buli kat tempat lain. sama aja. sekolah tempat utk tempatkan budak budak utk mengajar mereka. bukan buang bila budak perangai bangsat.


hukuman yg sesuai dengan kaki buli ni ialah rotan aje kat buntuttt mereka. tapi hei, peraturan sekarang kan tak boleh denda budak. sebab tu lah byk sgt budak manja.


Tuesday, November 4, 2014

Selamat SPM





aku taip spm dan google lalu keluarlah gambar diatas. apa kaitannya antara spm dengan jejaka butek didalam penjara? selamat berjaya pada calon-calon spm 2014. rileks der jangan la stress sangat jawab kertas tu. Samad! Jangan ditenung pengawas peperiksaan berbaju ungu tu!


Bagi budak sekolah spm ni memang buat orang tak senang duduk. panas je bontot ni bila kita sogokkan perkataan spm kat telinga calon. jerit aje spm, yang makan akan berhenti makan, yang sms awek akan buka buku, yang tengah berak akan meluru keluar tandas tanpa cuci apa yang patut terus ke meja belajar.


masa ni surau-surau disekolah asrama akan dipenuhi dari saf depan sampai lah rak kasut. masing-masing memegang kitab suci dan mula berdoa. yang tak pernah ke surau dari awal tahun juga akan muncul. yang subuh 8 hari sekali pun akan datang awal. 3.45 pagi dah datang surau prepare.


yang senior kaki buli mulalah malu-malu anjing meminta maaf pada mangsa buli. mulalah menghulur tangan sambil tersenyum lalu berkata "wei sori tau, kosong-kosong tau". budak mangsa buli hanya tersenyum dan mengangguk walaupun dalam hatinya mendoakan mereka mati serta merta.


rileks. gagal spm takkan mati. kecuali anda bunuh diri, dibunuh mak bapak atau memang hari tu ajal anda. kenapa nak risau jika gagal spm? ingat adik-adik. masih ada mcdonald utk dijadikan tmpt kerjaya awal, masih ada mlm utk jadi jutawan piramid, masih ada akademi fantasia tahun hadapan


jika mak ayah anda marah keputusan anda teruk, pakailah topi senget, cermina mata rayban warna hijau pakailah sweater dan buatlah gaya swag sambil selfie




stailo kan? gadis-gadis akan sukakan anda


teehee





Friday, October 31, 2014

Pengguna Facebook Zaman Sekarang





facebook sekarang ni tak macam 4-5 tahun dahulu. banyak perubahan telah dilakukan sehingga menyebabkan byk user deactive account dan berpindah ke twitter. kebanyakkan yg berpindah adalah dalam kalangan remaja. sepeninggalan mereka, facebook kini menjadi lubang puaka yg dipenuhi kekesalan jika kita log in akibat beberapa jenis golongan ini


1. Golongan wEmPiTZZ
Golongan ini masih ada. Markas utama mereka ialah wechat tapi mereka tetap ada di facebook. kebiasaanya mereka terdiri dari kalangan budak sekolah menengah yang terlalu banyak membaca syair tradisional dan kesusasteraan melayu klasik. ayat yg jarang didengar dalam subjek itu membuatkan otak mereka kaget dan mula menafsir bahasa rempit.


2. Golongan MLM
Majoriti user facebook ialah peniaga yang mahu berjaya. mereka memerlukan papan iklan yang besar utk menjayakan program mereka iaitu MLM. dengan menggunakan ayat putar belit yg mengatakan sistem mereka bukan sistem multilevel, mereka menyusun ayat manis ditambah dgn gambar jejaka kacak dan anak dara manis memegang duit berkepuk-kepuk ditangan mereka.


3.Golongan Kawan yg join MLM
Setiap dari user facebook pasti ada seorang rakan kita yg menyertai MLM. mesti ada punya. sebolahnya anda mahu sahaja meng-unfriend mereka, tapi atas dasar persahabatan yg dibina sejak tadika, anda mengambil keputusan utk membutakan sahaja mata dan hati tentang post-post mereka yg mengajak anda menyertai MLM mereka


4. Golongan Politik
Politik memang perkara yg panjang, rumit dan sukar utk di handle. Golongan ini biasanya muncul bila Najib, Rosmah, Anwar, liwat, Saipul, C4, Altantuya, Bom, Umno, PKR, BN, PR dan perkataan-perkataan keramat politik yg lain disebut. hidup mereka umpama celik je mata bangun tido terus mencari post Anwar, Saiful, Liwat, Najib, Rosmah, bom, membazir, enjin jet utk dikomen.


5. Golongan Tidak Hot di sekolah
golongan ini biasanya akan membuat satu fanpage yang mengutuk budak-budak sekolah yang hot kerana mereka tidak begitu. pada asasnya mereka akan menghina dan mengutuk dari hujung cagu kaki hingga hujung rambut bercabang budak-budak tersebut.


6. Golongan Pengkomen Golongan nombor 6
mereka ini bersetuju sahaja dengan page itu kerana takut gambar mereka dipaparkan di page tersebut. kebanyakkan mereka bersetuju dengan tindakan fanpage itu. tapi sebahagian juga memberontak memaklumkan bahawa tindakan mereka itu tidak salah.


7. Detektif  Facebook
Golongan ini akan membuat satu fanpage utk membongkar kehidupan facebook user yg lain. mereka akan mengorek gambar dalam facebook orang seperti gambar budak pavilion dan meletakkannya difanpage tersebut kononnya utk menyedarkan umat. kebiasaannya mereka yg tikam belakang akan menghantar gambar memalukan kawan mereka di page ini utk didedahkan.


bersambung..



Wednesday, October 29, 2014

Bola: Gaduh Sana Gaduh Sini



Baru baru keciok pasal JDT lawan ngan Felda. biasalah. dah nak final, heat dia mesti makin tinggi dan mencanak. bola. sukan feveret rakyat malaysia. kalau nak tengok orang melayu kita, tengoklah dalam stadium









































betul ke sukan bola sepak ni medium perpaduan rakyat malaysia yg terutamanya melayu?
















biar gambar berbicara. betul ke bola ni medium perpaduan? ada berapa byk kelab bola sepak kat malaysia ni? kalau ada seratus kelab, mau ada seratus kumpulan yg dok asyik bergaduh. player elok je main. main baik ke main taik ke depa dapat duit. hampa duk bergaduh lebam je dapat.


sukan yang paling seronok tak lain tak bukan tenis wanita. tak kira menang atau kalah tenis wanita tetap menarik. cakap tentang satu padu rakyat, inilah sukannya.


"weh hampa tak tengok bola ka? bola la sukan untuk lelaki sejati. menantu yg baik ialah lelaki yg tengok bola"


topakhang.


Monday, October 27, 2014

Superpower Yang Jarang Ada





tutup tv, tutup surat kabar, tutup segala yang dibuka. semua orang nak super power. aku masa kecil-kecil dulu darjah berapa ntah pernah buat solat hajat nak dapat kan mata laser macam cyclop cerita x-men tu. sape ta suka dapat superpower kan? lagi-lagi budak kecil. hidup memang tak realistik.


tapi sebenarnya ada satu superpower yang manusia memang dilahirkan ada cuma zaman sekarang ni dah tak nampak yang dipanggil COMMON SENSE. Common sense ni kawan-kawan, boleh diringkas kepada kebolehan untuk berfikir secara logik berkenaan sesuatu perkara.


semua orang ada common sense, tapi tak semua orang boleh keluarkan common sense dalam kepala otak diorang. baru-baru ni kecoh kat fb pasal Che Ta dapat tajaan untuk menyelesaikan masalahnya iaitu nak beranak. tapi biasalah ramai yang kondem kononnya diluar sana lagi ramai yg memerlukan bantuan.


dan kawan-kawan, itu memang sangat benar. media mula menggunakan jari berhantunya untuk menaip berita can cerita untuk mendapatkan viewers dari masyarakat. diorang tahu kita melayu ni memang ramai yang malas membaca TETAPI sukakan gosip. jadi byk media-media membuat tajuk yang tak lengkap untuk menarik perhatian pembaca.


contoh:
"Nora Candu dilihat bersama rokok"
pastu bawahnya media akan letak description, bacalah untuk mendapatkan informasi dan cerita sebenar.


nampak tak? orang kita memang tak suka membaca artikel yang panjang tapi gemar bergosip. bila media guna teknik tajuk artikel macam ni, orang kita memang tertarik. tapi bukan pada artikel, tapi pada tajuknya. tak caya tengok la fesbuk kalian. sebab skrg ramai orang tinggalkan fesbuk dan pergi ke twitter.


orang-orang yang takda common sense biasanya boleh dijumpai difesbuk. OK kembali kepada Che Ta. dia kemudiannya dikatakan tak tahan dengan kondeman peminat dan haters lalu memberikan kata-kata kesat kat instagram. lepas tu lagi ramai la yang kondem konon-kononnya Che Ta angkuh dan berlagak.


kawan-kawan, perempuan memang terkenal dengan emosinya yang tidak stabil. lagi-lagi bilan mengandung. orang mengandung tu memang la sensitif dan super emosi, dia membawa satu nyawa dalam perutnya untuk 9 bulan.


dah kene kondem ditambahkan sarat, memang la cepat marah. tapi orang kita tak nampak semua ni. sebab orang kita memang terkenal dengan kehebatan nak menjatuhkan orang lain yg merupakan bangsa sendiri. menimbulkan kemarahan, bergaduh sesama negeri sebab bola sepak. orang kita la.


tolong, bina lah, bangkitkanlah common sense dalam diri anda. jangan dibutakan mata tu dengan rezeki dan kebencian terhadap orang lain. jangan bersifat terlalu menilai. sebab bila hilang common sense dalam kehiduan seharian, percayalah, anda dan lembu tiada bezanya.


sekian


kepada yagn tersinggung, banyak-banyakkan berfikir secara matang. buang kebencian dalam diri tu. tutup fesbuk, pegi library, baca buku. media memang sumber encetus kebencian.





Friday, October 24, 2014

Tips Untuk Jadi Lelaki Budiman





lelaki budiman sekarang makin pupus. kalau anda lihat sekeliling anda akan nampak remaja-remaja swag yang memakai topi senget. lelaki budiman bukanlah pada pemakaian tetapi pada attitude. kadang-kadang lelaki yang pakai kaca mata hitam, dalam mall, diwaktu malam juga adalah lelaki budiman. atau buta.


1. tidak memukul perempuan
ya walaupun zaman skrg adalah zaman yg penuh feminist dan equalist, lelaki perlu cool dan tidak memukul mereka seperti memukul lelaki walaupun mereka mahukan kesama rataan antara lelaki dan perempuan.


2. open up, berikan segala bantuan yang mampu
perempuan mahu dilayan sama rata seperti lelaki. layankan saja. contoh apabila mereka mengangkat barang yang barang yang berat, hulurlah bantuan. jika mereka marah dan menuntut dilayan sama rata, hirau kan. biarkan mereka membebel. yang penting jangan biarkan mereka tak dibantu jika dalam kesusahan


3. mengalah bukan bererti kalah
jika mereka membebel tanpa henti, marah tanpa sebab dan menengking tanpa usul periksa, biarkan. jangan naik tangan seperti lelaki yang acah-acah bergaya yang mahukan follower diinstagram mereka melebihi 1000 untuk menjadi aset popular




4. cool up
jika anda tiba-tiba berebut seorang gadis bersama dengan jejaka bertopi senget, memakai rayban local hijau, bersubang ditelinga, berantai salib dan berjam emas, biarkan. jangan bergaduh dengan orang sebegitu. cool up. mengalah bukan bererti kalah. 

lelaki gentleman dan bergaya berjalan dari masalah dan tidak menoleh kebelakang semasa letupan. zaman skrg gadis memang ramai sukakan jejaka swag. tapi yang sukakan gentleman adalah yang paling rare dan berharga. biarkan si dia yang membuat pilihan. jika dia tidak memilih anda, itsokay. cool up.


5. aku tak suka cakap ni, tapi ia memang aspek iaitu kekemasan diri.
itsokay anda berambut panjang, berjanggut a. samad said, berbulu ketiak gorila. yang penting kemas. pakai pakaian yang sesuai. tidak mengapa jika anda tidak ada sut. yang penting jgn pakai seluar ketat.


6. keluar makan? belanjalah dia
kalau anda keluar makan tapi dia yang belanja dan anda langsung tiada rasa bersalah, baliklah rumah. ini bukan mahu menunjukkan sikap murah hati untuk memikat. tapi protokol lelaki budiman. lakukan sebab anda cool dan gentleman. bukan sebab nak memikat.


7. gentle up 
lakukan semua perbuatan dan aksi sebagai seorang budiman sebab anda mahu menjadi lelaki budiman. bukan sebab show off. lelaki budiman tidak show off.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...