Tuesday, December 9, 2014

Tak Cukup Lagi Ke




situasi 1

"Awak boleh kahwin dengan anak makcik, tapi hantaran RM50000 tau. Tu last offer"

"Amboi makcik, tak boleh murah sikit ke? saya ni pun gaji tak besar mana,"

"Kalau gaji kecik tak payah la susah-susah nak kahwin dengan anak aku!!"


dan akhirnya lelaki tu membujang sampai mampus sebab semua orang tua mahu hantaran yg mahal utk anak mereka sedangkan beliau hanya technician dekat sekolah rendah.


situasi 2

"kenapa awak taknak kahwin dgn saya?"

"hantaran yg keluarga awak tetapkan mahal sangat. saya tgh cuba kumpul duit ni. sabar la ye,"

"tu la awak. keje malas, gaji ciput kalau gini saya nak clash!!!"


dan akhirnya perempuan itu menjadi andartu dan kemudiannya berkahwin dan menjadi isteri nombor dua.


situasi 3

"hantaran yg ditetapkan keluarga awak mahal sgt lah. boleh tak awak pujuk mak ayah awak utk turunkan sedikit. RM50000 tu saya boleh bagi awak makan bertahun-tahun tau,"

"awak ingat saya ni apa? lepasan UPSR? saya lepasan ijazah tau."


dan akhirnya lelaki itu kahwin dgn orang lain. perempuan itu pula update twit berbunyi,
 "kenapa lelaki zaman sekarang suka curang??"


situasi 4

"hantaran saya RM50000 tau.takda kompromi"

"tapi awak..."

"saya ulang suara, tiada kompromi. kalau tak awak jadi gay aje lah. kawin ngn lelaki. senang"


dan akhirnya lelaki itu menjadi gay manakala perempuan itu pula update status di facebook berbunyi
"lelaki kalau kacak mesti dah berpunya. kalau tak mesti gay,"


situasi 5

"kenapa mahal sangat hantaran awak? turun sikit tak boleh ke?"

"awak, kalau awak betu-betul cintakan saya, awak patut berusaha tau. bukan bising macam ni. tunjukkan cinta awak kepada saya. saya ada harga diri tau,"


dan akhirnya lelaki itu beli perodua axia dan berkahwin dgn orang lain. 


para gadis sekalian, kami faham anda ada harga diri. kami faham anda tak ternilai dengan wang ringgit. tapi cinta tak dinilai kat duit hantaran tau. jangan la bengkek sangat menyusahkan lelaki. 
kami akan tanggung dosa-dosa anda selepas nikah dan kahwin. apa tak cukup lagi ke pengorbanan kami disitu? 

kepada para lelaki, bersabarlah. kumpul duit. itu la orang suruh belajar elok-elok engkorang ponteng sekolah. tapi  kalau bab main bola sepak petang-petang, demam kuning pun korang sanggup datang. tapi masa depan bukan pada pelajaran ye dok? cari kerja yg halal, bukak bisnes. baru la maju


teeheee




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...